Jumaat, 17 April 2020

KEDAI MAKAN TASIK ULU MUDA,GUBIR

EMPANGAN ULU MUDA,GUBIR 08210 SIK,KEDAH

Assalamualaikum...untuk kali ni Myra nak  kongsikan tempat makan yang terletak di utara kedah...

Untuk spe2 yang mencari kedai makan yang menyediakan masakan Ikan Air Tawar boleh lah berkunjung ke GUBIR STATION @ Kedai Makan Kak Zan yang terletak di EMPANGAN MUDA,GUBIR SIK,KEDAH...Kedai yang telah dibuka hampir 15 tahun ini sering menjadi kunjungan orang ramai kerana ia satu-satunya kedai makan yang terletak di tepi tasik gubir..




Disini Mereka menyediakan masakan-masakan panas seperti nasi goreng,mee goreng,bihun sup,meggie kuah dll.Dan yang bestnya menu istemewa disini ialah masakan berasaskan ikan2 air tawar seperti:


         
                                     KETUTU/UBI STIM



BAUNG MASAK LEMAK CILI API,TALAPIA 3RASA & IKAN PUTIH GORENG


PEKASAM

Orang awam,Team Bikers dan Team Besar Kebanyakan dari YB2,JABATAN Kementerian,Pdrm
Perhutanan,Perhilitan,Kesihatan,
Pendidikan,Felcra,Mada,dan lain2 Organisasi selalu berkunjung ke sini untuk menikmati masakan ikan darat.Masakan disini memang sedap2...padu!!!👍👍👍


                                                   PERHUTANAN
















Pada yang belum sampai lagi ke sini,boleh la planning bersama rakan2 & family anda.🙂🙂🙂.. Disini Ikannya segar, tak bau hanyir&lumpur... Harga yang berpatutan mengikut jenis2 ikan yang anda semua pilih..Kalau ikan yang dipilih murah,rendahlah bilnye kalau anda pilih ikan mahal,harga masak pun mahal lah😁😁😁faham tak? Pada sye mahal tak menjadi masalah asalkan puas makan..Kalau anda rasa mahal boleh beli ikan balik masak sendiri🤭🤭🤭...Jika anda nak kesini,Sye sarankan untuk anda  membuat tempahan terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah tempat duduk penuh dan juga ikan yang anda nak makan tu kehabisan stok..Kalau musim ikan banyak tak menjadi masalah,cuma dirisaukan jika hari yg anda nak pergi makan tu tiba2 musim ikan tak berapa nak kena...menangis tak berlagu wehhh😭😭😭🤭🤭🤭... Waktu kedai beroperasi antara 9pg-5.30ptg.

Akhir kalam,jom sama2 kita support kedai&makanan tempatan kita..(Maaf jika terdapat gambar2 para pembaca dalam blog sye...tiada niat lain melainkan hanya bantu mempromosikan kedai ini-semua sumber sye dapatkan dr owner kedai & dalam simpanan sye sendiri) Sekian perkongsian untuk kali ini..😊

Bagi anda yang nak order boleh call no. Owner 0194541930 ( kak Zan )



🌷MAKLUMAT TAMBAHAN

Di Tasik Gubir juga tersedia
✅KEDAI IKAN AIR TAWAR(owner yg sama)
✅BOT SEWA MANCING DAN RONDA

*Kalau anda nak memancing tepi2 tasik tu pun boleh.
*Lagi kemas kalau sewa bot masuk mancing kat dalam.


                              🔰SEKIAN TERIMA KASIH🔰



                                     BY FEEYA@MEYRA
                                          01172535138



Tiada ulasan:

Catat Ulasan