ASSALAMUALAIKUM kepada semua pembaca,pada kali ini Myra nak kongsikan lokasi kedai ikan darat yang terdapat di Tasik Gubir,Kedah..untuk makluman,pemilik kedai ikan dan pemilik kedai makan ditepi tasik tu adalah orang yang sama.
Kedai menjual ikan yang pada awalnya hanya berniaga secara kecil-kecilan telah mendapat perhatian & bantuan dr LKIM sekitar tahun 2014/2015 dengan mewujudkan 1 premis perniagaan tetap untuk pemilik kedai kerana usaha gigih mereka dalam perniagaan disini.Dengan wujudnya peremis ini,ia memudahkan para nelayan dan peraih berurusan timbang menimbang ikan,disebabkan kelengkapan yang mencukupi..Disamping itu,ia memudahkan orang ramai untuk terus datang ke premis tanpa perlu menunggu setiap bot2 yang pulang.
Disini anda semua boleh membeli,memborong pelbagai jenis ikan seperti:
1- BAUNG
2- TALAPIA
3- LAMPAM JAWA/ MERAH
4- SEBARAU
5- KETUTU/UBI
6- HARUAN/BUJUK
7- KELAH
8- TENGAS
9- IKAN PUTIH
*Untuk ikan Kelah & Tengas bergantung pada sesuatu musim...
*Harga ikan hidup & mati adalah sama(tak semua ikan)
*Harga ikan ketutu hidup berbeza mengikut saiz
( cth 1kg :Rm30/50 dll )
* Ikan putih adalah ikan campuran yang terdiri drp ikan pucuk pisang,terboi,patung,kenyeng,sisik,jalur,selat dll.
(Ikan ini selalu diborong berpuluh@beratus kilo oleh tauke pekasam.) Musim banyak,memang tak cukup ruang..musim tak kena mula berebut sesama pelanggan🤭🤭🤭
Bagi anda yang belum mencuba boleh la cuba..sebab ikan disini tak bau lumpur..spe yang pernah rasa boleh komen yer😊
Mari mengenal ikan bersama saya😁
IKAN TALAPIA
IKAN LAMPAM JAWA
IKAN LAMPAM MERAH
IKAN TILAN
IKAN HARUAN
IKAN SEBARAU
IKAN PATUNG
IKAN KENYENG
IKAN PUCUK PISANG
IKAN SELAT
IKAN KALOI
IKAN JELUNG/BAUNG
CAMPURAN LAMPAM/SEBARAU
Mengikut maklumat yang sye dapat..disini juga terdapat ikan sejuk beku..selalunya diwaktu musim ikan terlampau banyak,mereka akan menyimpan stok2 ikan samaada baung/ haruan/ talapia/lampam ( membuang perut terlebih dahulu)
Ke dalam freezer,,dan dilabel berat dan harga mengikut keadaan ikan semasa diproses,contoh,kalau baung hidup ,harga hidup lah yg dilabel...jadi takde istilah ikan lama ikan buruk la..sbb pemilik kedai buat macam tu salah satunya untuk menampung keperluan di kedai makan beliau bila musim ikan tak berapa mengena...harap faham😁
SEKIAN,TERIMA KASIH🌷
Tiada ulasan:
Catat Ulasan